Monday, June 6, 2011

alasan diri @ realiti opinion sendiri

Assalamualaikum (nak buat style Anwar Hadi tapi xdapek)

xpe, saye buat gaye sendiri... Assalammualaikum... sile jawab semua!!!


hati saye tiba2 rasa terpanggil untuk membangkitkan isu ini...

Isu membuat perkara yang tidak mendatangkan amal...

Sebelum saya berhujah lebih lanjut mahu saya sertakan Usul ke-9 daripada usul ke-20 Hasan al-Banna :

Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada
amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak.

Di antara masalah seperti itu adalah seperti banyaknya cabang dalam
hukum-hukum yang tidak mungkin berlaku, larut dalam membahaskan
makna ayat al-Quran yang masih tidak diketahui oleh akal
pengetahuan dan perbincangan untuk melebihkan antara
sahabat-sahabat r.a dan pertentangan yang berlaku antara mereka.
Setiap dari sahabat ada kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW
dan kesemuanya dibalas bergantung kepada niatnya. Membincangkan
perkara mi boleh membawa kepada perselisihan yang buruk akibatnya.


Highlighted :
Melarutkan diri ke dalam masalah yang tidak membawa kepada amal adalah antara takalluf (memberatkan) yang dilarang oleh syarak.


PERKARA YANG TIDAK MENDATANGKAN AMAL...

Apa itu?

Ramai orang yang mengatakan perkara yang tidak mendatangkan amal adalah yang tidak memberi faedah... Hmm, subjektif sungguh nak faham ni....

Saye pernah menghadiri satu kelas fiqh dan seorang Sheikh pernah memberi definisi yang precise dan tepat tentang perkara ini.... the term is "Thing that is permissible but is not beneficial"... Lorh, ape plak... senang cakap, maksudnya... benda yang diharuskan untuk kita melakukannya tetapi tak dapat pahala pun kalo kita buat neither dapat dosa.. the thing will contribute to zero mark on our amal..

Tapi ingat senang ke nak dapat pahala?

dahla everyday kita punya tendency untuk melakukan sesuatu yang mengerase markah pahala kita seperti terlalu larut dalam perkara melalaikan (FB overdose)... terlebih tidur... strolling around without any aim dan bermacam2.. hakikatnya perkara2 ini pada mulanya nampak permissible tapi mereka semua bakal menjerumuskan kita ke lembah kedosaan...

Yup... dan begitulah sehari-harian kita.. pernah x terfikir... berapa banyak net amal kita setiap hari?

saya bagi satu rumus ;

Net amal (Net profit)
= Gross Profit(Pahala) - Cost of goods sold(dosa free) - Expenditure(kekurangan ikhlas)


Ada time kita akan peroleh overdraft(hutang) dalam amal kita, tika mana
Net amal = (Dosa free + Kurang Ikhlas) > Pahala

ayak.....

Hmm, ilmu accounting ni tidaklah semahir mana tapi saye memberi analogi ringkas berdasarkan ilmu yang didapati dari kelas business semasa foundation dahulu...

Susah kan nak dapat net amal yang positive valuenya..

tapi still, kite telah mendistribute masa kita pada benda yang boleh saye katakan not worthy.. sebab kenapa? sebab bende2 alah ni x menyumbang pada net amal seharian kita...

begitulah.. saya bagi satu contoh bende permissible yang saya agak anti (bunyi extreme la plak) aka kurang interest nak melakukannya sejak saya menjejak kaki ke bumi Australia...

sebelum itu, mahu saya katakan...kalau cakap pasal Brisbane... student2 Malaysia yang berada di states laen akan berkata, "Wah, tempat tu ada Movieworld, Seaworld, dan ape kejadahnya lagi la"....

Saye tertanya2... "Hmm, orang besar pon excited jugak dengan tempat ni ye"....

Ok,orang akan kata saye hipokrit tapi saya mengaku saya pernah ke Dreamworld... time tu ingat nak cari tempat release tension..and a friend suggest me to go there...
I went there... sekali kena bayar 45dolar.."mak aih mahalnye", kata hati...

bila masuk tu alih2 saye yang maen paling banyak... sebab 2 orang yang pergi dgn saya tu nak pitam kena huyung-hayang dengan malaun2(permainan extreme dalam Movieworld) itu...Saya paksa diri untuk maen sumenya walaupun xdapek pon sebab rasa x berbaloi bayar 45 dolar kalo xmaen sume....

Then when it came to solat plak... saye dibawa oleh kawan yang memang dah tahu selok-belok tempat kat Dreamworld.. dia kata nak jama' qasar.. saye tertanya dalam hati,
"Aih, bley ke nak perform jama' qasar ni?"... hati rase xsedap.. tapi buat jugak.. yela,time tu agak kurang ilmu dan kekuatan nak membahas.. alih2, rupanya saya sedar... hakikat untuk masuk ke tempat begitu.. yang mana niatnya untuk berseronok saja.. xlayak bagi kita untuk buat jama' dan qasar.. umpama kita menggunakan rukhsah solat ini for our own advantage...

Sejak dari itu, saye taubat xmahu menjejak masuk ke tempat begitu lagi.... kemudian apabila junior yang baru datang bertanya tentang Movieworld, Dreamworld, Seaworld bla3.. saye akan menjawab acuh x acuh.. kalo diajak, saye akan beri alasan common saya, "Saye serabut pergi ke tempat ramai orang"....

Hakikatnya saye memang x suka ke tempat yang ramai orang@ crowded seperti di Shopping Mall Malaysia pada hari Sabtu@Sale or pasar pagi or Bazaar Ramadhan... rimas benar jadinya... tapi ade je tempat ramai orang yang boleh saya tolerate seperti lecture hall, rumah kenalan2 tika mana mereka membuat majlis ilmu@ gathering.. dalam situasi yang tolerable ini.. saya akan fokus pada particular orang @ object, serasakan tiada makhluk2 yang ramai di situ...

sambung lagi... bila orang bertanya tentang tempat2 hiburan yang lokasinya di Gold Coast itu, saya x akan amik port neither mempromote tempat2 sebegitu.. kerana apa, saya xmahu menyumbang saham dalam melakukan perkara lagha.. bagi saya.. kalo nak buat, buatlah sendirian, x perlu ajak orang.. because I don't want to have my share in promoting lagha things.. noted...

dan Alhamdullilah, saye xrase sedih pon tinggalkan tempat begitu... sebab bayangkan berpuluh-puluh dolar tu saye rase buat makan nasik @ Nandos lagi best... at least dapat energy dalam nak teruskan kelangsungan hidup... xpun nak lagi baik p bagi derma kat Palestin..

saya keheranan, apabila diutarakan untuk merderma pada charity, ada yang merungut xcukup duit... Hello!!!... spend berpuluh dolar p tempat hiburan ko xmau merungut... dahla nak p tempat hiburan tu jauh ko sanggup redah naik train dan bus.. derma pada charity yang pakai klik di hujung jari bakhil plak.... Jakun ke ape... kan dah kurang manis saya tulis macam ni... bukan apa, cakap berlapis-lapis susah nanti nak difahami @ buat-buat kurang faham... meh saye tolong bagi faham mesej dengan lebih mudah ^-^....

Ok, saya x halang literally kepada sesiapa yang mahu ke sana.. cuma saya mahu menyeru untuk semua berlaku adil.. Bagaimana? adilnya adalah bila anda spend 50 dolar pada tempat hiburan, tolonglah juga spend 50dolar pada charity... tolong.. jika kita xpeduli umat sapa nak peduli... xmalu ke... non-Muslim di Britain berusaha memboikot barangan Zionis, membuat rapat umum, flash mob kerana peka pada nasib orang2 Palestin..

Ramai juga yang memperuntukkan beberapa tahun untuk menjadi volunteer dalam misi kemanusian ke Africa, Afghanistan dan lain2 tempat.. Atas dasar apa mereka lakukan semua itu? they do that in the name of humanity... Anda boleh menggoogle kisah seorang volunteer iaitu Rachel Corrie yang telah memberi inspirasi pada banyak orang....So, are we too inhumane to care about people in need around this world?

Kalau saya bermalas-malasan nak study pon, saya akan terfikir, saudara2 di tempat yang ada peperangan sanggup meredah asap2 untuk ke sekolah mereka...kadang2 kena belajar atas lantai.. kita ini, apa halangan kita... xmalu ke pada mereka... ni actually pesanan pada diri sendiri juga... nak tambah lagi... lembik dan manja sangatkah kita.. sampai susah sedikit mahu merungut..

Teringat zaman saye yang amat hot-tempered.. ye, saye masih hot-tempered tapi cuba belajar bersabar sebab mahu mengejar sobrun jamil itu... walaupun kadang2 kandas...

saye amat pantang bila seseorang merungut tanpa berusaha terlebih dahulu... mungkin dia pernah berusaha... tetapi percakapannya lebih banyak rungutan dari mengeluarkan idea2 untuk menggapai sesuatu...

di sekolah lama dahulu,ada 2 orang yang ade problem dalam pelajaran mereka... saye sedia membantu untuk menolong.. tetapi bila asyik dikatakan xtahu, susah... at one time satu group work bahagian dia xdibuat..katanya xde resource padahal saye tahu buku berlambak je kat dalam bilik tu....time tu jugak saya nak bagi pelempang... saya siap cakap, "Aku pukul kang...".. ye, mase itu sangat hangin... Hamba Allah itu berkata,"Ko riak la dengan ilmu ko..".. saya bilang, "Awak tahu kan saye tengah belajar menahan marah, kenapa awak asyik nak buat saya marah.. awak tau x, attitude awak ni boleh beri fitnah pada agama... saye mintak maaf atas kekasaran bahasa.. tapi saye tetap katakan, alasan awak untuk x buat kerja tu saya xbley terima"... sekian

Ye, mungkin saya judgemental time tu..dan saye rasekan perbuatan seseorang yang saye kurang gemari itu bukanlah tiket untuk saye menempelak seseorang.. from there I've got a lesson.. saye xmahu jadi orang yang bawak fitnah pada agama.. dengan menunjukkan attitude malas...memang susah nak kikis... lawan sikap malas ni Jihad al-Akbar (the biggest thing to strive for)....

eh,ape yang aku melalut ni...

ok,sambung pasal tempat2 hiburan tadi..

my message is that... saye akan berpendirian untuk xhalang anda tapi saye mahu menyeru.. jika nak pergi, sila pergi seorang dan xperlu untuk ajak orang untuk same2 membazir duit ke tempat sebegitu... kalo anda kata tempat sedemikian dapat merapatkan ukhwah fillah saya mahu mensujes anda membawa teman2 & adek2 ke tempat yang cantik scenerynya... bley buat tadabbur alam (appreciation of nature).. kalo anda nak share surah2 pasal alam pon sesuai.. bayangkan membacakan surah2 alam di tempat2 Movieworld dan seangkatan dengannya... I think it looks very weird... anda boleh cuba.. mana la tau feasible nak buat camtu...

kepada yang membaca.. saye tidak specifically point pada sesiapa.. cuma saya mahu berkata inilah sebab utama saya menolak jika ada yang mengajak saye ke tempat2 sebegini.. xkisahla promo masuk free xhingin saya nak masuk... dan saya meminta pada teman yang mengenali supaya tidak mengajak saya untuk ke sana lagi... Tolonglah.. Anda bebas untuk membuat decision mahu pergi atau ajak orang lain but here I am stating my stand... no more of ajakan to those places to me please ^-^...

Sorry, the ninth Usul have done me a thing... As Hassan al-Banna had mentioned, "It is forbidden to be involved in a thing that does not bring any amal".. so give me a chance to follow this advice my friends please? yeah, it's not only about Movieworld, but also asking me to watch any movies that do not boost my spirit or talking nonethelessly about picisan thing...I don't want them as well... And if I do this thing in front of you guys, feel free to remind me... Arigato!!!

No comments: