Tuesday, May 31, 2011

Roti @ Doh?

SUATU PERUMPAMAAN

“Bayangkan....kita ada tepung, air, garam..dan bahan yang secukupnya untuk membuat roti. Kita pun mula gaulkan bahan-bahan tu –tepung, sedikit air, sikit demi sikit; uli dgn baik, uli, dan uli...perapkan setengah jam, kemudian uli lagi.....sehinggalah kita dapat satu adunan/ dough yang sangat lembut, gebu, pendek cerita..sangat perfect.

“Lalu, adunan tu kita biarkan...tak sampai hati nak masukkan dalam oven, takut terbakar, takut pecah, takut jadi tak gebu, sayang betol dekat dough tu.

“Agak-agak laa...sampai tak matlamat kita mengadun tadi tu?

“Bukan ke matlamat kita nak buat roti? Boleh tak kita makan dough tu je? Yang gebu, yang lembut dan perfect tu? Kalau kita makan jugak ape jadi?”



p/s : ini dough


**********************************************************************************

Setiap kisah, setiap babak hidup yang kita tempuhi adalah pengajaran dan adalah hint..aayaat...untuk kita renungkan. Setiap sesuatu yang kita dengar, lihat, ada petanda tersendiri, ada lesson tersendiri...untuk diri kita, sebagai suatu bekal.

Da’wah dan tarbiyah....macam sebuah perkahwinan, mad’u dan cabarannya very unpredictable... seakan-akan menghadapi sebuah pelayaran di lautan yang ganas gelombangnya.

Hanya insan-insan manja yang masih terus mahu didukung dalam medan, bukan nak menempuh cabaran dalam da’wah sendiri...sebab terlalu pengecut!

Memang sukar nak dapat equilibrium...al-hikmah dan al-wasat...selagi belum nampak, selagi belum berpengalaman, selagi belum matang, selagi masih berteori-teori.

Mahu atau tak mahu, tepung kena jadi roti –al-fard yang biasa-biasa kena jadi murabbi, murabbi, murabbi kot!?

Kena jadi da’i... Da’i.... DA’I... DA’I YANG KENTAL

atas jalan da’wah ilallah yang tak keruan jalan bentuknya di dunia ni. Itulah hadafnya. Itu saje ke? Saje?

Tak cukup untuk al-fard dapat murabbi yang best, dapat suntikan rohani yang cukup, program yang mantap, lalu dia hanya jadi a perfect dough yang tak boleh dimakan...kalau tak kena bakar, bakar, bakar sampai ke tahap yang optimum....bukan sampai hangit pulak....



ini roti

..........................................................................................................................................................

Sungguh...idea pasal membuat roti ni Allah yang beri, ilham yang tiba-tiba. Akulah tu yang berkongsi ilham tersebut dengan adik2...akulah tu yang bercakap pada mereka.

Tapi, ya Allah....berat sebenarnya nak masuk oven, walaupun tak logic nak biarkan diri jadi dough gebu sampai bila2.....!!

Ya Allah, Engkau Tahu itu..Ya Allah..Engkau juga tahu siapakah yang nifaq dan siapa pula yang akan kau cicirkan dari jadi pendokong risalahMu ini.

Thabatkan kami Ya Allah...insan-insan yang aku sayangi keranaMu, serta diriku sendiri. Thabatkan kami Ya Allaahhh...sehingga kami bertemu denganMu.

p/s: dari Kak Wani... gambar adalah idea sendiri

No comments: